Monday, December 15, 2008

Memerintah Secara Adil, Hukum Allah Dilunasi

  1. Masyarakat umum tahu, khususnya yang beragama Islam bahawa Islam merupakan agama yang lengkap yang meliputi semua aspek dalam kehidupan termasuk sains, undang - undang dan bermacam lagi.
  2. Pemerintahan yang mengikuti hukum dan syarak sudah semestinya melahirkan sesuatu produk yang yang baik dan mencorakkan sesuatu perkara yang manis dalam sejarah.
  3. Mungkin ramai yang tertanya - tanya, pada zaman pemerintahan saya, kenapa aktiviti meronda di waktu petang tidak dijalankan.
  4. Agama Islam yang kita anuti ini melarang kita mengintip dan mencari kesalahan orang lain atau dalam bahasa lain, aktiviti mengintip ini dikategorikan sebagai tajassus, yang dilarang agama.
  5. Allah S.W.T menyuruh kita menyangka baik dan melarang kita untuk mencari kesalahan orang lain.
  6. Oleh sebab itulah aktiviti itu tidak dijalankan kerana saya selaku khalifah akur dan patuh akan arahan Allah S.W.T. Jangan salahkan saya dan menyatakan saya seorang pemerintah yang galakkan maksiat berlaku.
  7. Pengadilan itu berlaku, cumanya sesetengah daripada kita tidak dapat menerima hakikat dan mendesak supaya aktiviti mengintip tetap dijalankan. Saya tertanya - tanya, adakah hebatnya dia sehingga sanggup mempertikaikan hukum Allah.
  8. Patuhlah pada perintah Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui