Sunday, February 8, 2009

Demokrasikan Badan Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Derma

  1. Kebanyakan kita sudah tahu bahawa demokrasi itu prosesnya datang dari barat. Tetapi demokrasi itu membawa kepuasan hati semua pihak, membataskan persoalan dan mewujudkan suasana yang amat konduktif bagi produktiviti kerja.
  2. Tanpa demokrasi, saya percaya, keadaan huru hara akan wujud dan kepimpinan berkualiti tidak akan wujud dek kerana kerapkali akan menerima penderaan.
  3. Dalam konteks Badan Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, saya menuntut proses demokrasi digunapakai dalam pemilihan ketua pengwas dan golongan elitnya. Pengundian secara menyuluruh perlu dijalankan dan setiap pengawas perlu mengundi termasuk calon ketua pengwas itu sendiri.
  4. Hal ini kerana, pertamanya, jika kita lihat pada konteks pencalonan, hanya individu yang berwibawa, berkualiti dan berketerampilan sahaja yang berani untuk menawarkan diri untuk bertanding. pada masa yang sama, jika mereka terpilih, sudah pasti kepimpinan badan pengawas akan menjadi berkualiti. Tiadalah mereka yang mengampu akan menjadi pemimpin. Individu yang lemah sudah pastinya tidak akan menawarkan diri untuk bertanding kerana mereka sedar diri mereka lemah. Jika kalah, mereka yang akan menanggung malu. Dan sudah pastinya mereka akan kalah.
  5. Keduanya, pemimpin yang telah menang pilihanraya pastinya merupakan pemimpin yang hebat. Ini kerana, para pengawas memilih pemimpin itu kerana mereka akan berasa selamat jika bernaung di bawah pemimpin itu. Pemimpin juga akan menjadi lebih kuat dan jawatannya akan menjadi kukuh kerana semua pengawas bertindak menyokong pemimpin terpilih. Malah, pemimpin itu juga mampu menepis segala cabaran, amaran atau ancaman dari pihak lain kerana kewajaran dia sebagai pemimpin tidak boleh dipertikai sama sekali. Semua pengawas menyokong pemimpin terpilih itu. Jadi apa yang perlu ditakutkan.
  6. Tetapi bagaimana jika pemimpin dipilih pihak tertentu? Lebih buruk lagi apabila pemimpin itu dibenci ramai. Semestinya akan membawa masalah kepada badan pengwas. Lihat sahaja pada apa yang berlaku pada badan pengawas sekarang. Diboikot? Dibenci? Disisih?
  7. Fenomena ini akan membawa kesusahan dalam segala aktiviti kita bagi menguatkuasakan disiplin pada masa akan datang. Malah, pada apa yang saya dapati, ada juga pemimpin pilihan pihak tertentu ini menghalau guru dan sebagainya. Menghukum orang lain tanap usul periksa. Apa semua ini?
  8. Jadi, saya berharap agar demokrasi dijadikan asas kepada pemilihan pemimpin di dalam badan pengawas.