- Masyarakat umum tahu, khususnya yang beragama Islam bahawa Islam merupakan agama yang lengkap yang meliputi semua aspek dalam kehidupan termasuk sains, undang - undang dan bermacam lagi.
- Pemerintahan yang mengikuti hukum dan syarak sudah semestinya melahirkan sesuatu produk yang yang baik dan mencorakkan sesuatu perkara yang manis dalam sejarah.
- Mungkin ramai yang tertanya - tanya, pada zaman pemerintahan saya, kenapa aktiviti meronda di waktu petang tidak dijalankan.
- Agama Islam yang kita anuti ini melarang kita mengintip dan mencari kesalahan orang lain atau dalam bahasa lain, aktiviti mengintip ini dikategorikan sebagai tajassus, yang dilarang agama.
- Allah S.W.T menyuruh kita menyangka baik dan melarang kita untuk mencari kesalahan orang lain.
- Oleh sebab itulah aktiviti itu tidak dijalankan kerana saya selaku khalifah akur dan patuh akan arahan Allah S.W.T. Jangan salahkan saya dan menyatakan saya seorang pemerintah yang galakkan maksiat berlaku.
- Pengadilan itu berlaku, cumanya sesetengah daripada kita tidak dapat menerima hakikat dan mendesak supaya aktiviti mengintip tetap dijalankan. Saya tertanya - tanya, adakah hebatnya dia sehingga sanggup mempertikaikan hukum Allah.
- Patuhlah pada perintah Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui
Monday, December 15, 2008
Memerintah Secara Adil, Hukum Allah Dilunasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment