- Pemimpin merupakan satu individu yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin organisasi dengan cemerlang dan menjadi tanggungjawab untuk memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar.
- Untuk memastikan segala operasi organisasi berjalan dengan lancar, ahli organisasi perlu bekerjasama dengan pemimpin dalam menjalankan tugasan seharian yang amat penting, lebih - lebih lagi apabila organisasi itu menjadi organisasi contoh dalam erti kata lain Badan Pengwas (menjadi contoh kepada para pelajar).
- Kepincangan dalam pentadbiran harus dielakkan kerana kepincangan ini menyumbang kepada kehancuran organisasi.
- Mungkin masalah ini remeh - temeh pada mata sesetengah pihak tetapi percayalah bahawa kepincangan golongan elit (puak pemerintah) akan memberi kesan kepada tapak (foundation) sesebuah organisasi.
- Pemimpin memaikan peranan yang amat penting dan kekadang menjadi sumber inspirasi kepada ahli - ahli organisasi. Tetapi, pemimpin yang menjadi sumber inspirasi hanyalah pemimpin yang dipilih oleh ahli organisasi bukannya yang dipilih pihak lain.
- Apabila ahli organisasi yang memilih pemimpin, ini melambangkan bahawa pemimpin itu direstui ahli organisasi, pemimpin itu adil, pemimpin itu kuat dan pemimpin itu berkarisma. Ahli organisasi sepakat memilih seseorang pemimpin yang mempunyai ciri - ciri penting ini kerana mereka berasa amat selamat berada di bawah pemerintahan pemimpin yang dipilih mereka.
- Tetapi apakah akan terjadi jika pemimpin sesebuah organisasi dipilih oleh orang lain dan secara kebetulan, pemimpin itu dicemuh dan dibenci oleh ahli organisasi yang lain.
- Sudah pastinya organisasi akan menjadi rapuh dek kerana ahli organisasi akan bertindak dalam corak memberontak dan akhirnya organisasi akan hancur. Kerjasama antara pemimpin dan ahli organisasi mungkin bagai telur di hujung tanduk dan pencapaian kata sepakat dalam apa - apa jua perkara akan menjadi mustahil.
- Pemimpin yang dipilih pihak lain ini pula mungkin akan terus memekakkan diri menghiraukan segala masalah organisasi kerana dahagakan jawatan yang diidam - idamkan dan seterusnya akan dikenang dalam sejarah organisasi sebagai penghancur organisasi.
- Saya memounyai hak untuk berkata sedemikian dan berhak untuk mengutus surat kepada pengetua untuk membantah kerana perlembagaan Badan Pengawas SMKD artikel 10 menyatakan bahawa saya masih mempunyai kuasa secara tidak lansung dalam organisasi itu.
- Tetapi buat masa sekarang, saya tidak mahu mengeruhkan lagi air yang telah parah keruhnya. Biarlah 'dia' menyedari sendiri maslah itu dan jika 'dia seorang yang bertanggungjawab dan tidak mahu menanggung dosa, lebih baik dia berundur kerana masih ramai lagi pengawas yang lebih layak.
Wednesday, January 14, 2009
Apabila Pemilihan Pemimpin Bukan Di Tangan Ahli Organisasi
Monday, December 15, 2008
Memerintah Secara Adil, Hukum Allah Dilunasi
- Masyarakat umum tahu, khususnya yang beragama Islam bahawa Islam merupakan agama yang lengkap yang meliputi semua aspek dalam kehidupan termasuk sains, undang - undang dan bermacam lagi.
- Pemerintahan yang mengikuti hukum dan syarak sudah semestinya melahirkan sesuatu produk yang yang baik dan mencorakkan sesuatu perkara yang manis dalam sejarah.
- Mungkin ramai yang tertanya - tanya, pada zaman pemerintahan saya, kenapa aktiviti meronda di waktu petang tidak dijalankan.
- Agama Islam yang kita anuti ini melarang kita mengintip dan mencari kesalahan orang lain atau dalam bahasa lain, aktiviti mengintip ini dikategorikan sebagai tajassus, yang dilarang agama.
- Allah S.W.T menyuruh kita menyangka baik dan melarang kita untuk mencari kesalahan orang lain.
- Oleh sebab itulah aktiviti itu tidak dijalankan kerana saya selaku khalifah akur dan patuh akan arahan Allah S.W.T. Jangan salahkan saya dan menyatakan saya seorang pemerintah yang galakkan maksiat berlaku.
- Pengadilan itu berlaku, cumanya sesetengah daripada kita tidak dapat menerima hakikat dan mendesak supaya aktiviti mengintip tetap dijalankan. Saya tertanya - tanya, adakah hebatnya dia sehingga sanggup mempertikaikan hukum Allah.
- Patuhlah pada perintah Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui
Subscribe to:
Posts (Atom)